Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campurtangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan, gerakerjanya termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran, merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru. Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Guru seharusnya memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan teknoloji maklumat dan komunikasi (TMK).
Pelbagai kekangan dan permasalahan akan ujud dalam bilik darjah, kebiasaannya guru berhadapan dengan tiga cabaran yang besar iaitu kerenah murid, memastikan hasil pembelajaran tercapai dan hambatan masa. Guru yang berwibawa bijak bertindak sebagai penyelesaian masalah, memperjelaskan objektif-objektif setiap perkara yang melibatkan bilik darjah termasuk pengajaran dan pembelajaran serta penilaian (pentaksiran), keceriaan, dan pengurusan murid sebagai pelanggan utama.
Pengurus yang berwibawa sentiasa bersungguh-sungguh menjalankan tugas yang diamanahkan, kreatif dan innovatif, dedkasi, adil, cekap, mesra, periang, bertimbangrasa, bersikap terbuka, tenang, sabar dan sentiasa bersedia untuk mendengar rungutan, kritikan dan teguran yang dianggap sebagai cabaran dalam kerjaya. Pengurusan tanpa cacat (zero defect) yang peka dan sentiasa mencari pendekatan baru untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan serta kekurangan yang menjadi punca kepada pembaziran dan kegagalan di samping memiliki gaya pengurusan kualti yang mencakupi semua aspek bagi meningkatkan produktiviti, keberkesanan program dan bertindak dengan cekap.
Pengurusan bilik darjah yang menyeluruh melibatkan pengurusan fizikal, peralatan dan sumber, pengurusan murid (pelanggan), pengurusan organisasi, pengurusan masa dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta penilaian.
Pengurusan Fizikal, Sumber dan Organisasi
Bilik darjah yang mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam, papan kenyataaan, dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari, yang diahiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan, dan bahan bantuan mengajar serta peralatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaan dan keberrsihan.
Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada murid-murid mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan. Murid mudah berintraksi sesama mereka dan mudah berintraksi dengan guru. Bilik darjah yang berukuran 7 meter x 9 meter boleh memuatkan 40 orang murid. Cahaya yang mencukupi dan pintu dan tingkap yang terbuka yang membolehkan pengedaran udara yang secukupnya.
Papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan atau rujukan, kata-kata motivasi, termasuk kemudahan penggunaan laman web, komputer dan CD dan LCD sehingga melahirkan pembudayaan bilik darjah yang kondusif. Hasilnya terjelma suasana yang harmonis, ceria, dan semangat kepada murid dan guru untuk berada lebih lama kerana terasa seolah-olah berada dalam sebuah rumah sendiri, ujudnya perasaan saling berkerjasama dan kekitaan dan semangat berdikari, iaitu bersama berusaha memajukan diri dan kumpulan secara kolektif.
Murid sebagai sumber manusia yang akan dijelmakan menjadi murid yang berpengetahuan dan berkemahiran dan berketrampilan memerlukan pengurusan dan perancangan strategik yang berkesan. Guru berperanan sebagai pencetus idea, pembimbing, fasilitator bagi melahirkan suasana pembelajaran yang mengcakupi semua bidang kemahiran sebagai sumber kepada pembinaan modal insan. Suasana pembelajaran yang kondusif, menyeronokkan, bermotivasi, bermoral, kreatif, menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berfokus.Kejayaan guru mengurus fizikal, sumber dan suasana bilik darjah yang kondusif, bermakna guru telah berjaya membentuk budaya berdisiplin, kerjasama, sayang kepada keindahan alam sekitar, mematuhi setiap arahan, kehidupan berkualiti, yang melambang sebahagian daripada keimanan.
Persediaan untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan merupakan sebahagian daripada pengurusan bilik darjah dinamik. Persediaan yang merangkum pelbagai alatan dan bahan untuk kegunaan guru dan murid. Ada kalanya murid tidak memberi perhatian atau berkelakuan di luar daripada nilai-nilai murni yang hendak digarap boleh dilihat berpunca daripada tidak terdapat kesinambungan dalam pelajaran disebabkan persediaan guru dari aspek bahan, perlatan, pengetahuan dan kemahiran yang kurang mantap.
Iklim Dan Aplikasi Bilik Darjah
Suasana bilik darjah harmonis membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk iklim dan budaya bilik darjah yang baik. Gaya kepimpinan yang berwibawa tanpa terlalu banyak memberi arahan dianggap sebagai pemimpin demokratik hanya akan mengambil masa untuk mendapatkan buah fikiran bagi menyelesai sesuatu isu, dan kelihatan kumpulan-kumpulan yang ujud di bilik darjah mempunyai hubungan yang lebih mesra dan saling bekerjasama. Berbeza dengan pemimpin Laiissez-faire yang memberi arahan-arahan yang tidak jelas dan jawapan-jawapan yang ringkas tentang sesuatu persoalan.
Pendekatan-pendekatan yang hendak digunakan bagi mengawal iklim dalam bilik darjah perlu berlandaskan tahap perkembangan murid-murid. Iklim bilik darjah yang baik biasanya dikaitkan dengan kepatuhan dan keseronokan murid bersama guru dalam bilik darjah tersebut. Guru yang memiliki gaya kepimpinan yang matang sedia menerima dan menghormati setiap murid dalam bilik darjah, memperbaiki peraturan-peraturan supaya peraturan itu boleh berubah mengikut keadaan dan suasana serta menekan kepada jangkaan-jangkaan yang positif. Apabila keadaan ini berlaku guru sebagai pemimpin dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi dan pertumbuhan diri murid-murid serta bersikap keterbukaan dalam perkara-perkara yang membawa kepada kebaikan.
No comments:
Post a Comment